Sunday, March 13, 2011

KUASA KOMPAUN

Apabila melabur, sudah semestinya ramai yang mahukan keuntungan. Tetapi masih ramai juga tidak sedar satu elemen penting dalam pelaburan iaitu kuasa kompaun. Secara ringkasnya, kompaun adalah pulangan/keuntungan yang dilaburkan semula untuk menggandakan pulangan/keuntungan.

Contohnya anda melaburkan RM1 dengan keuntungan 100% setahun selama 20 tahun. Tahukah anda berapakah nilai pulangan anda selepas 20 tahun. Ya, jawapannya lebih RM1 juta. Kalau tidak percaya, kiralah sendiri. Hebatkan kuasa kompaun yang menggandakan pulangan anda ini.

Untuk menjayakan kehebatan kuasa kompaun ini, kesabaran amat penting yang mana pulangan/keuntungan setiap tahun hendaklah dibiarkan untuk dilabur semula.

Jika anda melabur RM10,000 didalam satu dana unit amanah yang memberikan pulangan 8% setahun, maka selepas 20 tahun nilai pelaburan anda meningkat kepada RM46,609.

Jika kita tukarkan pulangannya kepada 10% setahun, maka selepas 20 tahun ia bernilai RM62,275.

Dan jika pulangannya ditambah menjadi 12% setahun, maka nilainya selepas 20 tahun adalah RM96,463.

Sememangnya anda berpotensi untuk meraih keuntungan lebih besar sekiranya memanfaatkan kuasa kompaun ini. Apa yang penting bersabar dan kekalkan pelaburan serta tabungan dalam jangka masa panjang.



0 komen:

Related Posts with Thumbnails